Sad & Happy = Sedih & Gembira
Emm, permulaan madah ini aku dahului dengan ribuan ampun terhadap insan yang disayangi kerna perkara malam tadi.Perihal nombor yg merisaukan aku..Ampunkan aku..
Berada dalam bulan ramadahan yg penuh kemuliaan menuntut kita memperbanyakkan amalan yg boleh mendekatkan kita pada diriNya.Di samping menjauhkan diri daripada perkara yg dilarangNya.
Hari ini bagi diriku,aku kenal erti sedih dan gembira buat kesekian kalinya..Aku berasa gembira kerana berjaya membantu Dia menyelesaikan masalah kolejnya.Hurm setakat kata2 aluan tu,x ada masalah untuk aku menyelesaikanya..Dapat membantu dirinya merupakan satu kepuasan bagi diriku..
Sebelah petang sebelum ke bazaar ramadhan mencari juadah bebuka kami berdua,aku dikejutkan dengan makluman daripada rakan sebilik akan peninggalan rakan sekolahku dahulu.Walaupun kami tidak rapat,namun aku dapat rasakan kesedihan yg dialami oleh sanak saudara dan sahabat handai terapat..Aku sering berdoa kepada Allah yg Esa supaya aku tidak akan diujui dengan ujian sebesar dan seberat ini.Kehilangan insan tersayang cukup memeritkan sesiapa shaja.."Ya Allah,Semoga dipanjangkan umur orang2 yg aku sayangi terutama Kaum keluargaku dan 'Dirinya',"
Usai membeli juadah untuknya (aku x beli untuk aku kerana sangakan akan ke Taiping,Perak melawat keluarga Arwah).Aku pulang ke kolej,hujan lebat menemaniku sepanjang perjalanan aku dari SS ke k6,dan hujan juga seolah2 tidak mahu berjauhan denganku.Sepanjang waktu petang hingga berbuka,aku terperangkap dalam bilik (Hujan di luar).
Aku berbuka dengan sebiji tamar dan seteguk air botol..cukupla..Syukur 3 hari aku sudah selesaikan ibadah yg mulia ini..Kemudian aku menemami rakan sebilik ke PFC,makanan yg terhidang gagal untuk menarik selera aku...
Lapar!!!
Kekecewaan aku terubat pabila menerima buah tangan daripada Dia,Memang Sedap!!Bahkan kegembiraan pula bersinar pabila Kak Syafiqah membawa puding dan Tom Yam..Hmm memang berbaloi aku x makan untuk berbuka tadi..
(Masam Manis.Pembuka Selera..X Masam,Manis je yg aku rase..hehe..Datang dari Kelantan tu..Syamsul yg pling suka..)
Sewajarnya buah rambai ini menjadi pencuci mulut..Tapi aku menjadikannya sebagai pembuka selera yg kedua..(Emm,bile dia nak bg aku rasa Colek ni..hmm)
Puding Jagung + Sos Cocktail hasil air tangan Kak Syafiqah,Syabira dan Fara..Sangat Sedap!! rugi siapa yg x datang latihan semalam..
Rumusannya..Lewat malam semalam aku sangat gembira seolah2 berada di syurga,penuh dengan makanan yg menyelerakan..apatah lagi dapat merasa buah tangan daripada orang yg disayangi..Sungguh Gembira sehingga aku terlepas Sahur..
P:s Boleh amek resipi daripada Kak Syafiqah ni..hari ni aku nak beli Kuih Limas (ala Kuih Pelita,org Perak kata Kuih Limas).Ada pesanan x